Thursday, 20 November 2014

Suka

Setiap kali aku lihat ia pasti ada perubahan,
Setiap kali aku cuba dan aku terokai pasti ada saja
Yang cuba buat aku lemah,
Setiap kali engkau pinggir ,
Setiap kali  itu juga aku akan cuba bangkit,
Setiap kali itu juga lah aku akan cuba menakluki,
Mungkin kau rasa aku semakin jauh,
Mungkin kau rasa aku semakin hanyut,
Mungkin kau rasa aku semakin laro,
Namun bukan itu yang aku mahu,
Bukan jatuh itu impian ku,
Bukan jauh jua bukan mahuku,
Aku sedari itu semua kekangan yang hampir melunaskan aku,
Ya itu semua ,
Lega dapat ku rasai ,
AKu gumpali itu semua aku bawa ia pergi bersama si kapal karang aku,
AKu mahu ,aku akan , aku cari dan akan miliki apa yang aku jatuhkan,
Biar ia menerajui jalan yang perlu bagi pertama dan selamanya,
Mencari mempelajari memahami memanfaatkan itu yang pasti.
Kerana kita tetap kita.
Kita ada Nya.

Sunday, 9 November 2014

Rasa Hati.

Bila hati rasa mahu,
Bila hati rasa senang dengan gerak tawa mu,
Bila hati rasa diri ini seronok rasa lega,
Bila hati rasa mampu untuk pikul apa yang perlu,
Bila hati yakin dan mahu,
Bukan rupa mu yang jadi pilihan,
Bukan harta mu yang jadi pilihan,
Bukan kerabat mu jadi pilihan,
Cukup la dengan kejujuran dan keikhlasan mu yang dapat menerima apa adanya diri ini.

#missteran

Wednesday, 5 November 2014

Wajah

Wajah itu bagai suatu nilai yang harus diakui oleh semua,
Wajah itu ibarat kata-kata yang indah yang sering diungkap Oleh semua,
Wajah itu juga yang kau tatap, yang kau sering kali harapkan,
Wajah itu juga yang selalu membuat kau rasa apa itu kesusahan, keperitan, kederitaan bagi membuatkan kau terus bangkit,
Wajah itu juga yang memberi kau apa itu inspirasi dan inovasi,
Wajah itu juga membuat kau sedar apa itu kehidupan,
Bersyukurlah jika. Kau masih mempunyai wajah itu.

Monday, 3 November 2014

Angin

Datang mu menyenangkan,
Pergi mu memeritkan,
Setiap kali hadirmu memberi ku inspirasi,
Membuatkan aku menanti -nanti,
Membuatkan aku rasa apa yang indah itu,
Namun aku harus tahu,
Aku harus sedar,
Aku harus terima,
Kau datang dan kau pergi bila tiba masanya.

011114.