Sampai bila.
Sampai bila meratapi.
Sampai bila, sampai jemu wujud?
Tidak akan sampai.
Yang sampai hanyalah kerugian yang teramat.
Kerugian yang engkau akan rasa sampai mahu undur.
Hanya angan-angan, angan-angan yang membodohkan diri membiar kiri merasuk.
Tiada satu nikmat yang muncul malah membinasa diri terus berada dalam jiwa yang
Merugikan.
Jika tidak bangun, hanya bangun dalam mimpi itu yang akan melemaskan diri mu.
Malah akan menhancurkan mu.
Usah meratapi,
Usah merenunginya lagi.
Cuma yang perlu penyelesaian bukan mengadu nasib.
Sampai bila, sampai bila mahu membiarkan akal jauh pergi.
Carilah bukan tangisi lagi,
Naiklah bukan toleh ke belakang menunggu penyesalan pulih.
Naiklah perlahan-lahan itu mampu membuat ada sinar di sebalik curang yang dalam.
Bukan rosak yang ditangisi ,
Tapi embun pagi yang perlu digapai.
Mampu sembuhkan setiap yang disakiti.
#sampai bila pun penyesalan tidak diubat sampai bila pun diri hanya sepi.